Ramadhan

Ramadhan
Bulan Yg Penuh dgn Keberkatan

Outim ke Vietnam

Salam Sejahtera,
Setelah lama notis outim ke Vietnam ini di paparkan, dan seperti telah tiada lagi mereka yg ingin mengikutinya maka dengan ini kami mengalu alukan kepada peserta yg berminat utk menyalurkan Rm500 deposit (tidak dikembalikan) ke akaun cimb 1305-0001095-20-5 (Mohd Yunus b Abd Ghani)  bagi pengesahan status selewat lewatnya 3 Julai 2011...sila emailkan resit pembayaran anda ke  kelabtigakay@gmail.com






Bersama ini dikepilkan bersama aturcara yg telah disediakan utk lawatan ke Saigon




MELIHAT SEJARAH PERANG DAN MEMBELI BELAH DI SAIGON

4H / 3M Penerbangan Malaysia Airlines
Hari 01 Kuala Lumpur – Saigon (LD)
Berkumpul di LCCT 2 ½ jam sebelum berlepas ke Saigon, setibanya di Saigon, peserta akan disambut oleh wakil kami disana, makan malam dan check in ke hotel.
HARI 2 Chu Chi Underground Tunnel + City Tour (BLD)
Sarapan di hotel, lawatan di hari pertama akan dimulakan dengan mengunjungi kawasan bekas peperangan Vietnam iaitu Chu Chi Underground Tunnel, peserta akan diberi penerangan mengenai peperangan, saksikan pelbagai kesan perang tersebut disini, Chu Chi Tunnel juga merupakan lambang keberanian dan kekuatan rakyat Vietnam, kembali ke Bandar Saigon, makan tengahari di restoran muslim, lawatan diteruskan dengan melawat ke War Remnants Halls, masa bebas kemudiannya di Ben Thanh Market untuk membeli belah (pelbagai barangan seperti sutera Vietnam, barang hiasan dll boleh didapati disini), singgah untuk bergambar kenangan di Notre Dame Cathedral, Saigon Post Office dan City Hall, makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 3 Mekong Delta + Shopping (BLD)
Sarapan di hotel, hari ini peserta akan dibawa ke My Tho Town, peserta akan menaiki bot ke Mekong Delta, disini peserta diberi peluang untuk merasai buah buah tempatan (mengikut musim), melawat ladang lebah dan merasa pelbagai minuman dicampur madu lebah, kembali ke bot dengan menaiki sampan sambil melihat keindahan sungai Mekong, kembali ke Bandar Saigon, makan tengahari, peserta kumudiannya dibawa ke Hong Ang Shop untuk membeli barangan muslim seperti telekung, tudung dll, masa bebas kemudiannya si Ben Thanh Market sekali lagi hingga ke petang. Makan malam dan kembali ke hotel.
Hari 04 Saigon – Kuala Lumpur (B)
Selepas sarapan, bebas melakukan aktiviti sendiri, sekitar jam 4 ptg bersedia untuk dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej All In
RM1588.00 dewasa (bilik berdua/bertiga dengan extra bed)
RM1448.00 kanak-kanak 2-11 tahun (berkatil)

*harga, tarikh & program tertakluk kepada perubahan semasa



Memandangkan sehingga tarikh tutup masih tiada yg memberikan sebarang komitmen..maka dengan ini Outim ke Vietnam ini telah ditutup penyertaannya..kepada yg dah memberi komitmen kita akan teruskan sebagaimana yg dirancang..penglibatan tuan2 amat kami hargai..


sekian terima kasih..
3K