Ramadhan

Ramadhan
Bulan Yg Penuh dgn Keberkatan

Thursday, August 12, 2010

Outim

Hari ini saya pastekan kata2 dari cg Tolahah.Muda.sebagai panduan utk saya sendiri dan juga tuan/puan yg baru mendekati hobi ini..semoga mendapat manfaat darinya.


) Kalau kita nak belajar jangan malu-malu untuk post gambar walaupun mungkin tak lawa. Mintak orang kritik, insyaAllah lama-lama akan pandai tanpa disedari. Sebenarnya sudah ramai insan berbakat yang kita tengok pada hari ini sebenarnya juga menghasilkan gambar tahap 'ayam prek' pada peringkat awal tetapi kini sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan.


2) Gambar aksi sesama sendiri boleh dipostkan tetapi tak perlu banyak sangat hingga sampai ke tahap hilang fokus kepada tujuan outing yang sebenar. Tujuan yang sebenar ialah kita mahu menghasilkan karya tahap 'masterpiece'. Bagaimana caranya bergantung kepada kreativiti bermain dengan angle, cahaya, speed, action dan sebagainya. Dari situ kita akan sama-sama belajar... "ooo kenapalah aku tak terfikir nak buat macam tu"... jadi proses pembelajaran sentiasa berkembang dan akan dipraktikkan pada outing berikutnya. 


3) Tidak ada masalah bermain dengan slow-shutter tetapi biarlah dari perspektif yang berbeza. Dan slow shutter tidak semestinya melibatkan air sahaja, ia juga boleh melibatkan pokok2 yang bergoyang, hujan yang turun... kenderaan yang bergerak, orang yang sibuk ke sana ke mari... semuanya boleh dislowshutterkan.


Sekian komen amber yang penuh keikhlasan dan tawadhu' ini. Bulan posser ni taklehlah mmbeeng2 ngat komeng. :lol:

No comments:

Post a Comment