Ramadhan

Ramadhan
Bulan Yg Penuh dgn Keberkatan

Sunday, September 5, 2010

Kursus Asas Fotografi


PHOTOGRAPHY BASIC  COURSE BY KELAB KAMERA KERTEH
KURSUS ASAS FOTOGRAFI OLEH KELAB KAMERA KERTEH
2 OKTOBER 2010 : RUMBIA RESORT PAKA


Pendahuluan
Kursus ini diadakan bagi pemilik kamera atau peminat fotografi yang ingin mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan mengenai fungsi kamera yg mereka miliki dengan lebih baik bagi memastikan output yg dihasilkan lebih baik dari sebelumnya..

Perjalanan Kursus
8 aspek yang ditekankan iaitu , APATURE ,SHUTTER,ISO, EXPOSER METER,FOCUSING TECHNIQUES,DEPTH OF FIELD, PERFECT EXPOSURE,serta paparan yang merangkumi tips-tips serta  teknik mengambil gambar,serta tips retouching gambar.

Siapa Yang Perlu Hadir ?
1 - peminat fotografi
2 – Mereka yg telah dan akan memiliki Dslr
3 – Bakal jurufoto perkahwinan
4 – Bakal  jurufoto lain-lain bidang
5 – Pemilik Kamera Dslr atau Kamera Kompak
6 - semua yang berminat

Objektif Kursus
Kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai :
1 - mengetahui fotografi dalam konteks sebenar.
2 - mempelajari hukum atau teknik sebenar fotografi
3 - mempelajari fungsi yg terdapat dalam dslr
4 - mengetahui rahsia-rahsia sentuhan dlm menjadikan foto kelihatan sempurna

Penyertaan Kursus
Terhad kepada 30 orang peserta sahaja

Yuran Penyertaan
RM 150.00 

Tarikh Akhir Penyertaan
19 Sept 2010
Tarikh Kursus
2 Oktober 2010  ( Rumbia Resort Villa Paka )

Masa
8.15 pagi hingga 5.15 petang

Peralatan Kursus
Peserta  perlu membawa Kamera ,Manual Kamera , Laptop, eksoseri yg berkaitan

Tenaga Pengajar
Razi Ilhambonda @ Razi CW  jurufoto & pemilik Ilhambonda. Berpengalaman luas dalam bidang fotografi.Berlatarbelakang sebagai penceramah, tutor, fasilitator utama dan penganjur dalam aktiviti-aktiviti berkaitan fotografi,  Beliau akan berkongsi teknik dan tips-tips mengambil gambar dalam kursus ini yang digunakan oleh beliau sendiri sepanjang dalam karier fotografi.

Bayaran Kursus
No.Akaun Maybank : 563082005658 
Akaun :  RR BIKE CENTRE
Email Akaun : kelabtigakay@gmail.com

Setelah membuat pembayaran sila emailkan bukti (slip bayaran) dengan butiran berikut :
1 - Nama Penuh
2 - No.Kad Pengenalan
3 - No.Telefon
4 - Alamat
5 - Jumlah Bayaran

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi
014-8468514 (pyan)

PENUTUP
Ramai antara kita sanggup membelanjakan beratus-ratus hingga mencecah ribuan Ringgit untuk Memiliki peralatan kamera sehingga mengalahkan jurufoto profesional. Tetapi tidak ramai antara kita mahu mempelajari ilmu sebenar fotografi. Tidak ramai yang tahu dan sering mengabaikan fungsi yg tersedia maka  jadilah dia jurufoto yang hebat dengan peralatan tetapi tidak hebat DIdalam pegetahuan. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu pemilik Dslr serta peminat fotografi diluar sana untuk  memenuhi ciri-ciri sebagai seorang fotografi. Ilmu ini terlalu murah jika dibandingkan dgn sebuah bag kamera anda  tetapi bernilai jauh lebih penting daripada kamera anda sendiri, ikuti kursus ini. Semoga anda juga akan menjadi yg terhebat dimasa masa akan datang...
Waulahualam



SELAMAT BERKURSUS

No comments:

Post a Comment